Malay English

      

     

     

     

Kategori

Ucapan Aluan

saiz font

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

 

   dan Salam Sejahtera.
 

Terima kasih diucapkan buat semua pelawat laman web JKR Daerah Yan…

JKR Yan merupakan salah satu jabatan yang bertanggungjawab membangunkan  Daerah Yan yang terkenal dengan Daerah Pelancongan Desa. Daerah Yan sebagai daerah yang dilengkapi pelbagai insfrastruktur asas seperti jalan raya, institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan,  pusat peranginan dan sebagainya.

Dikesempatan ini, sekalung tahniah ditujukan untuk pasukan Web JKR Daerah Yan yang telah dapat merealisasikan satu wadah baru dalam sistem penyampaian maklumat iaitu Laman Web Rasmi JKR Daerah Yan. Dengan kerjasama dan kesungguhan mereka, Laman Web Rasmi ini dapat menjadi medan pengantar kepada semua pihak dan juga rujukan teknikal khususnya serta perkongsian ilmu dan maklumat, umumnya.

Untuk makluman pengunjung laman web ini, JKR Daerah Yan turut berevolusi dalam setiap disiplin selepas hampir empat tahun ditubuhkan seiring dengan perubahan zaman yang serba canggih dan moden ini.

Dengan amalan kejuruteraan terkini antara cabaran baru telah pun bermula dengan pelbagai infra yang dirancangkan menerusi RMK 12. Oleh itu, diminta kakitangan JKR Daerah Yan lebih bersedia dengan membudayakan ICT sebagai pelengkap tugasan, untuk menjadi lebih produktif dan berdaya saing dalam merealisasikan visi dan misi JKR khususnya. Warga JKR Yan perlu melengkapkan diri bagi menempuh revolusi IR 4.0.

Laman web ini amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan supaya efisiensi dapat dipertingkatkan  dan saya berharap agar laman web ini akan sentiasa dapat dikemaskini dan ditingkatkan dengan pelbagai aplikasi khasnya untuk semua warga JKR Malaysia. Dengan inisiiatif semua pihak diharap laman web ini akan lebih menarik dan berketrampilan.

Sekian …… 

 

IR. SHARUDIN BIN HALIM

Jurutera Daerah Yan
JKR Negeri Kedah Darul Aman.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…