Profil Organisasi
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah ditubuhkan pada 19.10.1955. Dahulunya, Jabatan Kerja Raya merupakan satu Jabatan Kerajaan yang diberi tanggungjawab memikul amanah didalam menyediakan kemudahan Infrastuktur Awam seperti Jalan, Bangunan dan Jambatan.
Fungsi Kami
JKR Negeri Kedah diterajui oleh seorang Pengarah dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan menyenggara projek-projek pembangunan negeri seperti jalan dan bangunan-bangunan kerajaan.
JKR Negeri Kedah bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Pada masa yang sama, JKR Negeri Kedah juga bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan di negeri Kedah.
Struktur Organisasi
JKR Negeri Kedah diterajui oleh seorang Pengarah Kerja Raya Negeri. Pentadbiran Jabatan Kerja Raya Kedah meliputi seluruh Negeri Kedah yang melibatkan sepuluh (10) buah Daerah. Sila lihat struktur organisasi kami.
Ibu Pejabat JKR Kedah
Di peringkat Ibu Pejabat JKR Negeri Kedah, jabatan ini dibahagikan kepada Enam (9) bahagian iaitu:
- Bahagian Pentadbiran & Kewangan
- Bahagian Korporat
- Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
- Bahagian Bangunan
- Bahagian Arkitek
- Bahagian Jalan
- Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur
- Bahagian Pasukan Projek Persekutuan Negeri
- Bahagian Pasukan Projek Khas Bekalan Air
Unit Tentera
- Unit Tentera diketuai oleh seorang Jurutera Awam Kanan.
Cawangan Kejuruteraan
Terdapat tiga (3) Cawangan Kejuruteraan di dalam struktur organisasi JKR Kedah iaitu:
- Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB)
Diketuai oleh Ketua CPAB Kedah
- Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Diketuai oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
- Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Diketuai oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri
Daerah-Daerah
JKR Daerah diketuai oleh seorang Jurutera Daerah yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri untuk melaksanakan dan menyenggarakan projek-projek Persekutuan dan Negeri yang terdiri dari Daerah-Daerah. Bermula pada tahun 2017, pentadbiran JKR Daerah di Kedah telah diperkukuhkan dengan mewujudkan 3 lagi pejabat Jurutera Daerah dari 7 buah menjadikan 10 buah semuanya.
- Kota Setar
- Kuala Muda
- Kubang Pasu
- Kulim/Bandar Baharu
- Langkawi
- Baling
- Padang Terap/Pokok Sena
- Sik
- Pendang
- Yan