Malay English

      

     

     

     

Kategori

JKR Daerah Yan

saiz font

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

PENGENALAN

Daerah Yan merupakan salah sebuah dari 12 buah daerah yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadankan Daerah Kota Setar di utara, Daerah Pendang di sebelah timur dan Daerah Kuala Muda di sebelah selatan bersempadankan Gunung Jerai. Daerah Yan merupakan salah satu daerah pusat peranginan iaitu Gunung Jerai. Disamping itu juga, terdapat beberapa buah pulau kecil di persisir pantai terdiri dari Pulau Telor, Pulau Bidan dan Pulau Songsong dan Pulau Bunting.

JKR Daerah Yan sebelum ini merupakan gabungan antara dua daerah iaitu JKR Daerah Pendang / Yan. Namun, setelah dibuat penstrukturan semula pada tahun 2017, JKR Daerah Yan dipecahkan daerah berasingan  dan beroperasi   bersebelahan Majlis Daerah Yan.


 

OBJEKTIF

  • Sebagai sebuah Jabatan Pelaksana di peringkat daerah , bertanggungjawab dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan dan infrastruktur serta penyelenggaraan kemudahan-kemudahan asas seperti jalanraya , bangunan,  jeti  dan lain-lain.

 

FUNGSI UTAMA - JKR Yan

  • Merancang dan melaksana projek pembangunan untuk Rancangan Lima Tahun Malaysia
  • Merancang strategi dan jadual pelaksanaan projek / penyelenggaraan jalan, bangunan dan infrastruktur lain
  • Sebagai Penasihat Teknikal dalam perancangan projek-projek pembangunan dalam daerah yang diselaraskan oleh Majlis Daerah Yan, Perbadanan Kerajaan dan agensi lain

 

OBJEKTIF KUALITI - JKR Yan

  • Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui
  • Ke arah perbelanjaan perlaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui, dan
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan.
  • Memberi khidmat teknikal kepada agensi kerajaan diperingkat persekutuan, negeri dan daerah.

 

FUNGSI BAHAGIAN:

 

BANGUNAN :

  • Merancang, menyelaras, memantau & menyelia perlaksanaan projek-projek bangunan termasuk penyediaan anggaran bajet (Peruntukan Negeri & Persekutuan).
  • Menjadi pakar rujuk & penasihat teknikal bidang kejuruteraan bangunan kepada Kerajaan Negeri & Jabatan-Jabatan Kerajaan.
  • Menyelaras & memantau kerja-kerja kecil yang dipohon oleh jabatan-jabatan Kerajaan.
  • Merancang & melaksana kerja-kerja rekabentuk kecil semua projek bangunan dan forensik.

JALAN :

  • Merancang, menyelaras, memantau & menyelia perlaksanaan projek-projek jalan dan jambatan termasuk penyediaan anggaran bajet (Peruntukan Negeri).
  • Menjadi pakar rujuk & penasihat teknikal bidang kejuruteraan jalan dan jambatan kepada Kerajaan Negeri & Jabatan-Jabatan Kerajaan.
  • Merancang & melaksana kerja-kerja rekabentuk kecil semua projek jalan dan forensik.
  • Memberi ulasan & kelulusan keatas permohonan bagi pembangunan tepi jalan.

 

SENGGARA :

  • Merancang, menyelaras, memantau & menyelia perlaksanaan projek-projek jalan dan jambatan termasuk penyediaan anggaran bajet (Peruntukan Persekutuan).
  • Pengurusan aset & Fasiliti jalan.
  • Pemantauan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh konsesi Jalan Persekutuan
  • Merancang & melaksana kerja-kerja rekabentuk kecil semua projek jalan dan forensik.

 

PENTADBIRAN :

  • Melaksanakan urusan-urusan yang berkaitan dengan pentadbiran am, perkhidmatan jabatan di JKR Daerah Yan.

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…