JKR Daerah Sik

| Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami |
Pengenalan
JKR Daerah Sik sebelum ini merupakan gabungan diantara JKR Daerah Kuala Muda yang diberi nama JKR Daerah Kuala Muda / Sik. Walaubagimanapun, pada tahun 2017, JKR Kuala Muda / Sik telah dipecahkan kepada JKR Daerah Kuala Muda dan JKR Daerah Sik. Oleh hal yang demikian, bermula pada tahun 2017, JKR Daerah Sik telah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembangunan di Daerah Sik.
JKR Daerah Sik adalah sebuah jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab ke atas projek-projek untuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Ia juga merupakan sebuah jabatan yang memberi khidmat kepakaran teknikal kepada Kerajaan Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain.
JKR Daerah Sik dipertanggungjawabkan bagi merialisasikan aspirasi kerajaan dalam mempertingkatkan mutu infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam serta prasarana yang lain seperti jalan, bangunan dan lain-lain.
Objektif Bahagian
- Menyerahkan projek yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
- Menyediakan perkhidmatan perundingan, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan penyelenggaraan.
- Menyelenggara jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu.
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan diperingkat persekutuan, negeri dan daerah.