msen

      

     

     

     

Kategori

JKR Daerah Pendang

saiz font

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


A.    Pengenalan

Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975.  Nama Pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di sebuah telaga iaitu telaga gajah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada 8 mukim. Daerah Pendang meliputi kawasan tanaman sawah dan kawasan tanaman getah yang luas serta mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Siam. Sistem pentadbiran Daerah Pendang ditadbir oleh Pejabat Tanah Dan Daerah Pendang dan Majlis Daerah Pendang serta turut dibantu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pendang dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Pada sejarah awal penubuhan, JKR Daerah Pendang dikenali sebagai JKR Kedah Utara yang merangkumi beberapa daerah di bahagian Utara Negeri Kedah dan disusuli dengan JKR Daerah Pendang/Yan merupakan gabungan dari dua buah daerah di Negeri Kedah iaitu Daerah Pendang dan Daerah Yan. Lokasi awal penubuhan JKR Daerah Pendang/Yan terletak di Pekan Pendang di dalam kawasan Pejabat Tanah Dan Daerah Pendang bersama-sama Pejabat Agama Daerah Pendang.

Namun demikian, pada tahun 2017 telah berlaku penstrukturan semula JKR Daerah Pendang/Yan dimana ianya dipisahkan kepada dua buah daerah yang berasingan dan dinamakan kepada JKR Daerah Pendang. Lokasi baharu pejabat JKR Daerah Pendang terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Pendang.


B.    Objektif JKR Daerah Pendang

“Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum”.
 
JKR Daerah Pendang bertanggungjawab dalam pelaksanaan projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur asset kepada pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

I.    Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
II.    Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
III.    Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
IV.    Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
V.    Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut: 
   a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
   b) Selamat digunakan
   c) Kemudahan senggaraan
   d) Mutu ketukangan (workmanship).

*Jenis aduan bermaksud satu bentuk kerosakan/ kecacatan/ kegagalan mana-mana komponen dalam produk tanpa mengira bilangan lokasi atau kekerapan yang berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan bagi sesuatu projek.


C.    Fungsi JKR Daerah Pendang

Fungsi Utama
I.    JKR Daerah Pendang diterajui oleh seorang Jurutera Daerah dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan menyenggara projek-projek pembangunan negeri dan persekutuan seperi jalan dan bangunan kerajaan.
II.    JKR Daerah Pendang bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Negeri Kedah.
III.    Pada masa sama juga, JKR  Daerah Pendang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR) untuk projek-projek persekutuan di Daerah Pendang.

Fungsi Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
I.    Mengurus hal ehwal pentadbiran.
II.    Mengurus hal ehwal maklumat dan pembangunan personel kakitangan.
III.    Mengurus hal ehwal kewangan dan perbelanjaan peruntukan kerajaan.
IV.    Penyediaan laporan-laporan berkaitan.
 
Fungsi Bahagian Bangunan
I.    Merancang, melaksana dan mengawal selia projek-projek bangunan negeri dan persekutuan.
II.    Merancang, melaksana dan menyenggara bangunan-bangunan negeri dan persekutuan.
III.    Memberi khidmat nasihat teknikal kepada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan lain yang memerlukan.
IV.    Penyediaan laporan-laporan yang berkaitan bangunan serta aset negeri dan federal. 
 
Fungsi Bahagian Jalan
I.    Merancang, melaksana dan menyelia projek-projek jalan dan jambatan bagi negeri dan persekutuan.
II.    Merancang, melaksana dan menyeggara jalan negeri .
III.    Menyelaras, menyelenggara dan melaksanakan kerja-kerja perabot tepi jalan.
V.    Penyediaan laporan-laporan yang berkaitan jalan serta aset negeri dan federal. 
 
Fungsi Bahagian Fasiliti
I.    Menerapkan dasar perubahan dan tranformasi terhadap organisasi melalui audit pentadbiran kontrak dan sumber manusia.
II.    Mengurus dan menyelaras Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB).
III.    Mengurus dan mengawal selia perkhidmatan kontraktor mencuci dan membersih bangunan Pejabat JKR Pendang & Workshop JKR.
IV.    Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja penyelengaraan komponen elektrik Pejabat JKR Pendang dan Workshop serta kerja-kerja berkaitan.
V.    Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja penyelengaraan pejabat ,kuartes & worksyop JKR Pendang.
VI.    Merancang, menyelenggara dan mengawal selia kerja-kerja penyelengaraan jalan dan bangunan persekutuan di Daerah Pendang.
 
Fungsi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
I.    Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan perolehan kerja Jabatan seperti Dokumen Meja Tender, Sebutharga dan sebagainya.
II.    Urusetia kepada lembaga sebutharga JKR Daerah Pendang.
III.    Penyedian laporan-laporan berkaitan.

Fungsi Bahagian Worksyop
I.    Membantu di dalam persiapan tempat dan kelengkapan untuk upacara majlis rasmi kerajaan.
II.    Menjalankan kerja rutin harian dan melakukan kerja-kerja menyelenggara aset kerajaan seperti perabot jalan dan sebagainya.
III.    Menjaga, menyelenggara dan mencuci kenderaan dan jentera jabatan.


 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…