Malay English

      

     

     

     

Kategori

Mengenai Kami

saiz font

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

Pengenalan

JKR Daerah Padang  Terap / Pokok Sena telah ditubuhkan pada tahun 1 Januari 2017 setelah pemecahan JKR Daerah Kota Setar / Padang Terap. Pentadbirannya adalah terdiri daripada gabungan Daerah Padang Terap dan Daerah Pokok Sena. Lokasi Pejabat Pentadbiran adalah terletak di Kuala Nerang, Kedah.

Objektif Bahagian

  • "Melaksanakan projek dan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".…..

Fungsi Bahagian

 

PROJEK & PENYENGGARAAN BANGUNAN ( BAHAGIAN BANGUNAN / FASILITI)

1.Membantu merancang dan melaksanakan projek-projek bangunan di daerah mengikut SPK bermula dari peringkat perancangan sehingga ke peringkat serahan dan seterusnya sehingga tamat tempoh tanggungan kecacatan.

2. Membantu menyelaras rekabentuk struktur bangunan dan infrastruktur  oleh jurutera perunding yang dilantik bagi sesuatu projek.

3. Membantu merancang dan menyelaras keperluan projek-projek Rancangan Malaysia 5 tahun sekali di bawah Kementerian Kerja Raya peringkat Negeri Kedah.

4. Merancang, mengurus dan memantau skop kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan supaya jabatan mencapai faedah aset yang optimum.

5.Merancang, melaksana dan memantau halatuju pengurusan aset bagi memastikan produk dan perkhidmatan menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum.

6. Mengurus dan memantau proses pelaksanaan perolehan kerja agar dasar dan peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa dipatuhi.

7. Merancang, melaksana dan memantau halatuju pengurusan projek bagi memastikan produk dan perkhidmatan menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum.

8. Merancang, melaksana dan memantau halatuju perundingan teknikal dan keperluan stakeholders dipenuhi bagi memastikan produk dan perkhidmatan menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum.

 

PROJEK / PENYENGGARAAN & RSD ( BAHAGIAN JALAN )

1. Mengurus, melaksana dan  menyelia projek-projek penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS.

2. Menyemak serta mengemukakan komen dan ulasan teknikal untuk permohonan tanah kerajaan.

3. Mengawal, menyelia, menyemak dan mengemukakan komen serta ulasan teknikal untuk permohonan izinlalu agensi-agensi utiliti.

4. Menyemak dan mengemukakan komen serta ulasan teknikal untuk permohonan permit operasi kuari tanah, pasir , batu dan lain-lain

5. Menyemak dan mengemukakan komen serta ulasan teknikal untuk permohonan pembangunan tepi jalan kepada PBT.

6. Memastikan maklumat dan data Jalan Negeri didaftarkan di dalam sistem MARRIS dengan tepat.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…