JKR Daerah Langkawi

| Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami |
PENGENALAN
Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi ditubuhkan pada tahun 1980 di pejabat lama bersebelahan Pejabat Daerah Langkawi. Kemudian berpindah sementara ke Bangunan LADA. Pada Tahun 2010 Pejabat JKR Langkawi siap dan mula beroperasi, mengabungkan semua bahagian dalam satu bangunan.
OBJEKTIF
Sebagai sebuah Jabatan Pelaksana di peringkat daerah , bertanggungjawab dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan dan infrastruktur serta penyelenggaraan kemudahan-kemudahan asas seperti jalanraya , bangunan, pelabuhan, jeti, lapangan terbang dan lain-lain
FUNGSI UTAMA JKR LANGKAWI
- Merancang dan melaksana projek pembangunan untuk Rancangan Lima Tahun Malaysia
- Merancang strategi dan jadual pelaksanaan projek / penyelenggaraan jalan, bangunan dan infrastruktur lain
- Sebagai Penasihat Teknikal dalam perancangan projek-projek pembangunan dalam daerah yang diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Langkawi, Perbadanan Kerajaan dan agensi lain
OBJEKTIF KUALITI JKR LANGKAWI
- Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui
- Ke arah perbelanjaan perlaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui
- Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan.