Mengenai Kami

| Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami |
- Pengenalan
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Pentadbiran Daerah Kubang Pasu. JKR Daerah Kubang Pasu berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai jabatan-jabatan negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. JKR Daerah Kubang Pasu juga bertanggungjawab untuk membangun dan menyenggara prasarana dan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat khususnya warga Daerah Kubang Pasu.
- Ojektif JKR Daerah Kubang Pasu
- Meninggikan mutu perkhidmatan di peringkat Negeri dan Daerah dalam usaha untuk :-
- Melaksanakan projek-projek pembangunan yang diluluskan untuk memberikan kemudahan kepada Jabatan-Jabatan Persekutuan dan di peringkat Negeri dan Jabatan-Jabatan Negeri sendiri.
- Menyelenggara, memperbaiki mutu dan menaiktaraf insfrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang sedia ada supaya selaras dengan kemajuan pembangunan Negeri Kedah Darul Aman.
- Fungsi JKR Daerah Kubang Pasu
- Merancang, mengawal dan menyelia kerja-kerja pembinaan infra dan bangunan.
- Merancang, mengawal dan menyelia penyenggaraan infra dan bangunan.
- Meluluskan permohonan pembangunan tepi jalan.
- Menyelia persiapan tempat untuk upacara majlis rasmi kerajaan.
- Urusan pentadbiran dan keselamatan pejabat.