Malay English

      

     

     

     

Kategori

JKR Daerah Kota Setar

saiz font

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami |


 

Mengenai Kami

            JKR Daerah Kota Setar ditubuhkan pada awal tahun 1980 dengan nama JKR Kedah Utara. JKR Kedah Utara berpecah mengikut daerah pentadbiran JKR Daerah Kota Setar/ Padang Terap pada tahun 1982. Pengisytiharan sebagai daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena, satu unit Seksyen Pokok Sena diwujudkan pada tahun 2004 bagi menjalankan kerja penyenggaraan jalan. Ia dipantau dan diselia oleh seorang juruteknik serta tenaga kerja JKR yang mana program kerja dikawalselia di bawah pentadbiran JKR Daerah Kota Setar / Padang Terap.

            Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat telah merubah senario pentadbiran JKR Daerah. Pada tanggal 03hb. Februari 2017, pengisytiharan sebagai JKR Daerah baru iaitu JKR Daerah Kota Setar bagi menumpukan dan melicinkan lagi pengurusan dan fungsi JKR Daerah. Bagi Daerah Padang Terap / Pokok Sena ditubuhkan JKR Daerah Padang Terap / Pokok Sena yang diketuai seorang Jurutera Daerah.


 

Fungsi JKR Daerah Kota Setar

  • JKR Daerah Kota Setar diterajui oleh seorang Jurutera Daerah dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan menyenggara projek-projek pembangunan negeri dan persekutuan seperi jalan dan bangunan kerajaan.
  • JKR Daerah Kota Setar bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Negeri Kedah.
  • Pada masa sama juga, JKR Daerah Kota Setar bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR) untuk projek-projek persekutuan di Daerah Kota Setar.

 

Objektif

            Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara Dengan Menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengukuti jadual yang dipersetujui dengan varian 10%;
  • Menyiapkan 100% projek mengukuti kos yang diluluskan dengan varian 10%;
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahan melebihi     

            70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan);

  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%;
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan* sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:-    

            a.   Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk;

            b.   Selamat digunakan ;

            c.   Kemudahan senggaraan ; dan

            d.   Mutu ketukangan (workmanship)

*Jenis aduan bermaksud satu bentuk kerosakan/ kecacatan/ kegagalan mana-mana komponen dalam produk tanpa mengira bilangan lokasi atau kekerapan yang berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan bagi sesuatu projek


 

Visi

Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan yang Kreatif dan Inovatif serta Teknologi Terkini


 

Misi

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  • Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan     

            menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi    

            strategik;

  • Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten;
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif;
  • Megukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada;
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi baru;
  • Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan;
  • Membina hubungan harmoni dengan masyarakat; dan
  • Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…