Malay English

      

     

     

     

Kategori

Mengenai Kami

saiz font


  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami |


 

Pengenalan

Bahagian Reka Bentuk Awam adalah satu unit reka bentuk di dalam organisasi Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran reka bentuk dan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan awam dan struktur kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan .


 
 
Fungsi Bahagian
  • Menguruskan pelaksanaan projek dalam penyediaan reka bentuk, lukisan kejuruteraan awam dan struktur , spesifikasi berdasarkan kepada kaedah pelaksanaan projek secara konvensional (in-house).
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan reka bentuk kejuruteraan awam dan struktur.
  • Mereka bentuk dan menyediakan lukisan kejuruteraan awam dan struktur.

 

Tugas Bahagian

  • Penyediaan reka bentuk konsep.
  • Penyediaan reka bentuk awalan
  • Penyediaan reka bentuk terperinci secara konvensional dalaman (One-off /in-house )
  •  Penyediaan reka bentuk terperinci secara konvensional dalaman (Piawai )
  • Menyediakan dan mendapatkan kelulusan pelan kejuruteraan awam dari Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menyediakan pindaan reka bentuk peringkat pembinaan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan menghadiri mesyuarat projek serta lawatan tapak bagi menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan awam dan struktur
  • Menyemak reka bentuk yang disediakan oleh pereka bentuk (berperanan sebagai checker) dan mengaudit projek-projek yang direka bentuk oleh perunding
  • Menyedia dan mengemaskini D-Plan dalam sistem skala
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…