Malay English

      

     

     

     

Kategori

Mengenai Kami

saiz font

| Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami |


PENGENALAN

~ Bahagian Jalan merupakan salah satu tunjang utama di dalam Organisasi Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merangka satu sistem perhubungan dan rangkaian jalan raya yang sempurna, lengkap dan selamat serta ekonomik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan dasar pembangunan negara dan negeri. Penyediaan rangkaian jalan raya yang sempurna dan efisyen akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kawasan yang belum ada rangkaian jalan raya serta membuka dan membangun kawasan baru.

 


OBJEKTIF

  • Mengadakan Infrastruktur Jalan serta jambatan sekitar negeri bagi memenuhi keperluan-keperluan pembangunan negara.
  • Menyelaras pembangunan jalan di peringkat rekabentuk melibatkan peruntukan Persekutuan , Luar Bandar serta Negeri bagi mengadakan hubungan ke kawasan - kawasan yang membangun.
  • Menentukan jalan serta jambatan yang sedia ada disenggara, dibaikpulih dan ditingkatkan mutu dengan sempuirna untuk perjalanan yang selamat dan selesa .
  • Meneliti,menyemak dan meluluskan permohonana - permohonan pembangunan tepi jalan.
  • Menerima dan menyelaras maklum balas aduan pelanggan / orang awam.

 


FUNGSI

  • Memantau projek-projek pembangunan jalan dan jambatan bagi Kerajaan Persekutuan , Luar bandar dan Negeri.
  • Menyenggara jalan raya dan jambatan supaya sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat kepada pengguna sepanjang masa.
  • Menaiktaraf jalan-jalan sedia ada terutamanya dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan.
  • Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan-permohonan pembangunan daripada sektor swasta yang melibatkan jalan-jalan JKR.
  • Sebagai penasihat teknikal kepada Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan.
  • Menjalankan kerja-kerja banci dan lalu lintas kebangsaan dan kajian ke atas keselamatan jalan raya
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…