Malay English

      

     

     

     

Kategori

Ucapan Aluan

saiz font

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

 

   dan Salam Sejahtera.
 

Selamat datang ke Portal Rasmi JKR Daerah Kuala Muda.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman sentiasa peka kepada perubahan-perubahan teknologi maklumat & komunikasi terkini. Sebagai sebuah agensi pelaksana di peringkat daerah, JKR Kuala Muda sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat, tepat dan memenuhi keperluan pelanggannya yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, kontraktor, anggota-anggota JKR dan juga orang ramai.

Laman ini akan sentiasa dikemaskinikan daripada segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan. Kandungan maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh JKR ini diharap dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua peringkat untuk mendapatkan maklumat secara ‘online’ mengenai tender/sebutharga, membuat aduan awam atau mengemukakan pertanyaan berhubung projek-projek pembangunan kerajaan. Kewujudan portal ini juga diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada para pelanggan.

Harapan saya melalui penggunaan portal ini, JKR Daerah Kuala Muda dapat menyumbang ke arah mewujudkan Masyarakat Berilmu selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi.

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat yang disediakan dalam portal ini.

 

Sekian. Terima Kasih.

Selamat melayari portal JKR Daerah Kuala Muda.

 

MOHAMAD AZMI BIN YAAKOB

Jurutera Daerah Kuala Muda
JKR Negeri Kedah Darul Aman.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…