Malay English

      

     

     

     

Kategori


  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

Pejabat Jurutera Daerah,
JKR Kuala Muda
Bangunan Tunku Abdul Malik
Komplek Pejabat Kerajaan
08000 Sungai Petani
KEDAH DARUL AMAN.
 
No. Tel : 04-4214040
No. Faks: 04-4259531
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

1.    Mohamad Azmi bin Yaakob
        Jurutera Daerah 
2.    Norshafida binti Mohd Sobri
        Jurutera Bangunan
3.    Norainiah binti A. Rahman
        Jurutera Fasiliti
4.    Mazlan bin Morat
        Penolong Jurutera
5.    Maznah binti Omar
        Penolong Jurutera
6.    Redhuan bin Suid
        Penolong Jurutera
7.    Mohd. Rodzi bin Ahmad
        Penolong Jurutera
8.    Fahmi bin Ahmad Zainol Abidin
        Penolong Jurutera
9.    Mohd Tanazi bin Mohd Ghazali
        Penolong Jurukur Bahan
10.    Shahril Anuar bin Azmi
        Ketua pembantu Tadbir
11.    Azizan bin Sudin
        Pelukis Pelan Senibina


  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 


  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

 

   dan Salam Sejahtera.
 

Selamat datang ke Portal Rasmi JKR Daerah Kuala Muda.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman sentiasa peka kepada perubahan-perubahan teknologi maklumat & komunikasi terkini. Sebagai sebuah agensi pelaksana di peringkat daerah, JKR Kuala Muda sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat, tepat dan memenuhi keperluan pelanggannya yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, kontraktor, anggota-anggota JKR dan juga orang ramai.

Laman ini akan sentiasa dikemaskinikan daripada segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan. Kandungan maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh JKR ini diharap dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua peringkat untuk mendapatkan maklumat secara ‘online’ mengenai tender/sebutharga, membuat aduan awam atau mengemukakan pertanyaan berhubung projek-projek pembangunan kerajaan. Kewujudan portal ini juga diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada para pelanggan.

Harapan saya melalui penggunaan portal ini, JKR Daerah Kuala Muda dapat menyumbang ke arah mewujudkan Masyarakat Berilmu selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi.

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat yang disediakan dalam portal ini.

 

Sekian. Terima Kasih.

Selamat melayari portal JKR Daerah Kuala Muda.

 

MOHAMAD AZMI BIN YAAKOB

Jurutera Daerah Kuala Muda
JKR Negeri Kedah Darul Aman.


  | Mengenai Kami | Ucapan Aluan | Carta Organisasi  | Direktori | Hubungi Kami |


 

PENGENALAN

JKR Kuala Muda dahulunya dikenali sebagai JKR Daerah Kuala Muda dan Sik. Kini, JKR Kuala Muda dan JKR Sik merupakan entiti berasingan. Kawasan pentadbiran JR Kuala Muda meliputi keseluruhan Daerah Kuala Muda dengan keluasan 92,835.39 hektar serta panjang Jalan Persekutuan 174.47 km dan Jalan Negeri 370.68 km. Selain penyenggaraan jalan, JKR Kuala Muda juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan perolehan kerajaan dan penyenggaraan bangunan-bangunan kerajaan.


 

OBJEKTIF

Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkhidmatan kejuruteraan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menumpukan kepada:

  1. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dalam Q-plan dengan varian 10%.
  2. Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  3. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.
  4. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).
  5. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
  1. Kefungsianproduk sebagaimana direkabentuk.
  2. Keselamatan penggunaan.
  3. Kemudahan senggaraan.
  4. Mutu ketukangan (Workmanship).

 

FUNGSI

FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

1. Mengurus hal ehwal pentadbiran.
2. Mengurus hal ehwal maklumat dan pembangunan personel kakitangan.
3. Mengurus hal ehwal kewangan dan perbelanjaan peruntukan kerajaan.
4.  Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

 

FUNGSI BAGHAGIAN BANGUNAN

1.  Merancang, melaksana dan menyelia projek-projek bangunan negeri dan persekutuan.
2.  Merancang, melaksana dan menyenggara bangunan-bangunan negeri dan persekutuan.
3.  Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang memerlukan.
4.  Membantu di dalam penyedian kelengkapan untuk persiapan upacara majlis rasmi

 

FUNGSI BAHAGIAN JALAN

1.  Merancang,melaksana dan menyelia projek-projek jalan dan jambatan negeri dan persekutuan.
2.  Merancang, melaksana dan menyeggara jalan negeri .
3.  Menyelaras dan memproses Pembangunan Tepi Jalan.
4.  Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

 

FUNGSI BAHAGIAN FASILITI

1.  Menerapkan dasar perubahan dan tranformasi terhadap organisasi melalui auditan pentadbiran kontrak dan sumber manusia.
2. Mengurus dan Menyelaras Sistem Pengurusan Bersepadu.
3. Pengurusan sumber manusia, termasuk merancang, mengenal pasti dan melaksana latihan teknikal dan kompetensi sokongan.
4. Mengurus, mengendali dan memberi khidmat sokongan teknologi maklumat, sumber

 

FUNGSI BAHAGIAN KONTRAK

1. Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan perolehan kerja Jabatan seperti Dokumen Meja Tender, Sebutharga dan sebagainya.
2. Urusetia kepada Lembaga Sebutharga Daerah.
3. Penyedian laporan-laporan berkaitan.

 

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…