Malay English

      

     

     

     

Kategori

FAQ

saiz font
1. Apakah fungsi dan peranan JKR Kedah?
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah Darul Aman berfungsi sebagai pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan dan agensi-agensi lain bagi projek-projek infrastruktur di Negeri Kedah.
 
 2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Kedah?
JKR Kedah berperanan besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk, dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam di negeri Kedah. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.
 
3. Siapakah yang menerajui JKR Kedah?
JKR Kedah diketuai oleh Seorang Pengarah JKR Negeri iaitu Dato' Hj. Samsudin bin Bakar dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.
 
4. Bagaimana struktur organisasi JKR Negeri Kedah?
JKR Negeri Kedah terdiri daripada 11 bahagian utama dan disokong oleh 7 daerah. Sila Rujuk Carta Organisasi JKR Negeri Kedah.
 
5. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Kedah?
Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Kedah adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.

6. Apakah kelulusan dan kepakaran yang diperlukan untuk menjawat jawatan teknikal di JKR?
Disiplin (bidang) profesional utama di JKR adalah, Jurutera Awam, Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan dan Arkitek. Kelulusan Ijazah dalam bidang berkenaan akan menjawat jawatan dalam gred pengurusan dan profesional manakala kelulusan Diploma dan setaraf akan menjawat jawatan gred sokongan.

7. Bagaimana jika saya ingin membuat aduan?

Anda boleh membuat aduan melalui saluran seperti berikut :-
  • Melalui Aduan JKR Online : Aduan JKR Malaysia
  • Talian Aduan JKR Malaysia : 1-300-888-557
  • Talian JKR Kedah : 1-800-88-8090 / 04-7343127
  • Talian SMS : Taip JKR dan hantarkan ke DAPAT / 32728

 

8. Bagaimana untuk menghubungi JKR Negeri Kedah?

Alamat dan nombor telefon adalah seperti di bawah:

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Telefon :
Pejabat Am : 04-774 8000
Pertanyaan : 04-733 1758 / 1258
Faks : 04-733 1535

 

9. Bagaimana mendapatkan maklumat tawaran tender/sebutharga JKR Negeri Kedah?

Notis Tawaran Tender/sebutharga diiklankan seperti di bawah :-

Di papan kenyataan
Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,
JKR Negeri Kedah, Tingkat 1, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.

Laman Web JKR Kedah

Akhbar-akhbar tempatan

Laman Web JKR Malaysia - http://www.jkr.gov.my/tender
 

10. Siapa yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang JKR Kedah?

Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi :-
Ir. Manimaran a/l Raman
Jurutera Awam Penguasa (Korporat & CPAB)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 04-7748110

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…