Malay English

      

     

     

     

Kategori

Perutusan Pengarah

saiz font

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.

Seiring dengan pembangunan ICT pada masa kini, laman web ini dibangunkan dengan pendekatan lebih kepada mesra pengguna dan bertujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada 

masyarakat awam serta menjadi saluran alternatif bagi mendapatkan maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini. Melalui laman web ini juga JKR Kedah menyediakan maklumat-maklumat yang dapat memberi manfaat kepada juruperunding dan kontraktor bagi mendapatkan maklumat seperti kenyataan tender dan juga penerbitan berkaitan informasi teknikal.  Maklumat mengenai kursus, latihan dan aktiviti  yang akan diadakan juga disediakan kepada semua pegawai dan  kakitangan JKR Kedah sebagai rujukan dan bantuan bagi mempertingkatkan lagi prestasi kerja supaya sentiasa proaktif dalam menjalankan tugas harian masing-masing.

JKR Kedah berharap dapat menjadi agensi teknikal yang terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan di dalam segala bidang yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk dilaksanakan.

JKR Kedah juga mengalu-alukan segala  aduan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi laman web ini demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kepada para pelanggan.

Selamat melayari laman web JKR Negeri Kedah Darul Aman.

 

TUAN HJ. IBRAHIM BIN AHMAD 
PJK., PKT.
PENGARAH JABATAN KERJA RAYA
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…