Malay English

      

     

     

     

Kategori

Objektif / Visi / Misi

saiz font
  1. OBJEKTIF

    Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

    1. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
    2. Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
    3. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
    4. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
    5. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut: 
       a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
       b) Selamat digunakan
       c) Kemudahan senggaraan
       d) Mutu ketukangan (workmanship).

    * Jenis aduan bermaksud satu bentuk kerosakan / kecacatan / kegagalan mana-mana komponen dalam produk tanpa mengira bilangan lokasi atau kekerapan yang berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan bagi sesuatu projek.

  2. VISI 

    Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

  3. MISI 

    Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan :-

       - Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
       - Mempiawai proses dan system kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
       - Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang effektif dan inovatif.
       - Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
       - Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
       - Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
       - Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
       - Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…