Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Pihak Pelanggan Universiti Utara Malaysia (UUM)
Isnin | 08 Mei 2023
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Pihak Pelanggan Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Projek Pembinaan Pusat Kegiatan Ko-kurikulum yang telah diadakan dengan jayanya bertempat di Perkarangan Lobi, Pusat Kegiatan Ko-kurikulum UUM , Sintok Kedah
Untuk makluman, projek ini telah berjaya dilaksanakan oleh kontraktor utama, Innokoperat Sdn Bhd bersama subkontraktor dinamakan. Projek ini telah bermula pada 1 Ogos 2019 dan siap sepenuhnya pada 13 Mac 2023. Projek ini telah berjaya disiapkan dengan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu :
1) Certificate of Practical Completion (CPC)
2) Statement of Final Account (SOFA)
3) As-Built Drawing
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Fary Akmal bt Osman , Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan),Kementerian Pendidikan Tinggi ; YBhg. Prof Dr. Mohd Fo'ad b Sakdan , Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan juga Ir. Ahmad Shahril Azli b Idris, selaku Pegawai Penguasa, JKR Kubang Pasu.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan projek yg terdiri daripada pihak HOPT iaitu Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) , semua HODT dari Cawangan Pakar JKR Malaysia, JKR Daerah Kubang Pasu, Bahagian Bangunan JKR Kedah, Bahagian Arkitek JKR Kedah, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Kedah, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Kedah, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah, Kontraktor Utama (Innokoperat Sdn Bhd) , NSC Mekanikal (Teroka Teguh Enterprise, Limbong Fire Engineering Sdn Bhd, JMF Bistari Sdn Bhd) , NSC Elektrik ( Tunjang Delima Sdn Bhd) , NSC di bawah WPS (Syarikat N.A.A Utara, Hub Technologies (M) Sdn Bhd, Kisal Jaya Enterprise) dan tidak dilupakan juga kepada pihak pelanggan UUM yang telah melaksanakan kolaborasi yang terbaik dalam memastikan kejayaan penyiapan projek ini.