Program Jelajah FTROADPEDIA ZON UTARA 2.0
19.03.2022 - Program Jelajah FTROADPEDIA ini adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada rakyat dengan memberikan kesegaran pandangan (refreshment outlook) terhadap Jalan Persekutuan yang dibina dan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menyerlahkan lagi (highlight) Jalan Persekutuan sebagai jalan utama dan bukannya jalan alternatif sebagaimana persepsi masyarakat apabila terbinanya lebuhraya terpanjang pertama (PLUS) pada tahun 1980 (E1 dan E2).