Lawatan Khas oleh Ketua Pengarah Kerja Raya di THB
13 Disember 2020, Ahad : Lewat petang semalam telah berlangsung lawatan khas oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Sulaiman ke Ibu Pejabat THB Maintenance Sdn Bhd.
Lawatan khas ini adalah di luar program rasmi Dato' KP selepas berakhirnya lawatan beliau selama dua hari di Kedah dan Perlis.
Turut sama hadir, Pengarah JKR Negeri Kedah YBhg. Tuan Hj. Ibrahim bin Ahmad.
Beberapa perkara telah dibincangkan berhubung operasi THBM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg Pengarah JKR Kedah kerana sudi meluangkan masa hadir ke Ibu Pejabat THB Maintenance Sdn Bhd.