| 19/06/2013 Satu kejohanan badminton antara daerah telah dianjurkan oleh JKR Kuala Muda / Sik pada 13hb JUn baru-baru ini. Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan Badminton Wira, Taman Wira Indah, Sungai Petani. Penyertaan yang mengalakkan dari semua bahgian dan daerah JKR Kedah amat memuaskan. Walaupun cuaca yang kurang baik dan hujan yang turun mencurah-curah tidak mematahkan semangat kesukanan warga JKR Kedah. Syabas diucapkan. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh yang berbahagia Tuan Jurutera Daerah Kuala Muda / Sik iaitu En Saiddin bin Saad. Johan bagi lelaki berpasukan di menangi oleh JKR Langkawi, manakala naib Johan adalah JKR Baling. Tempat ketiga jatuh kepada JKR Kota Setar / Padang Terap dan tempat ke empat oleh JKR Elektrik. Untuk johan beregu wanita, johan jatuh kepada tuan rumah iaitu JKR Kuala Muda/ Sik (A) dan naib Johan adalah JKR Langkawi (A). Tempat ketiga dimiliki oleh JKR Mekanikal dan tempat keempat JKR Kota Setar/ Padang Terap. Johan keseluruhan bagi kejohanan ini dikuasai oleh JKR Daerah Langkawi. Tahniah diucapkan. Acara ini diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah JKR Kedah Haji Samsudin bin Bakar yang sudi menyampaikan hadiah dan trofi kepada pemenang.
|
|
| Last Updated on Wednesday, 19 June 2013 08:41 |
Daerah Kuala Muda/Sik
|
||||||||
|
||||||||






