************************

                                      SELAMAT MENYAMBUT

                                          TAHUN BARU 2013

 

                                                        &

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH YANG KE 85

 

 

          DARI JKR KOTA SETAR / PADANG TERAP,  NEGERI KEDAH

                                         DARUL AMAN

 

                                        ************************

Profil Jabatan

Powered by Jabatan Kerja Raya Kedah

Galeri Gambar

Video

You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.
Title: JKR TV Commercial - 3D.flv (0:01:00)
Playlist:

Login Jawatankuasa

INFO4

SELAMAT MENYAMBUT

TAHUN BARU 2013

 

&

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH YANG KE 85

 

 

DARI JKR KOTA SETAR / PADANG TERAP,  KEDAH

DARUL AMAN

 

************************

Daerah Kota Setar/Padang Terap
Majlis Perjumpaan Pagi Dan Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan 2013
Written by Daerah Kota Setar & Padang Terap Monday, 15 April 2013 00:54
PDF Print E-mail

Pada tanggal 21/03/2013 (Khamis) yang lalu, JKR Kota Setar/Padang Terap dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan, JKR KS/PT telah mengadakan satu majlis besar-besaran (empat majlis dalam satu upacara ) iaitu Perhimpunan Pagi bersama Jurutera Daerah, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Meraikan Pesara 2013, Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Khairat Kematian, JKR KS/PT.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu teras perkhidmatan dan lagu Inilah Barisan Kita. Seterusnya ucapan Jurutera Daerah sebagai pembuka bagi Majlis Perjumpaan pagi bersama seluruh kakitangan JKR KS/PT.

Majlis kemudiannya diserikan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada penerima APC 2011 dan pesara 2013. Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan dimulakan tepat jam 10.00 pagi seterusnya disambung pula dengan Mesyuarat Agong Khairat Kematian.

Seramai 232 orang kakitangan JKR KS/PT telah hadir pada majlis tersebut.

 

alt

Lagi Gambar..

Last Updated on Monday, 15 April 2013 02:18
 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JKR Kota Setar / Padang Terap 2012
Written by Daerah Kota Setar & Padang Terap Tuesday, 18 September 2012 01:35
PDF Print E-mail

Pada 06 September 2012 bersamaan 19 Syawal 1433H (Khamis) yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Kota Setar/Padang Terap telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 peringkat JKR KS/PT. Majlis diadakan di perkarangan setor JKR Pokok Sena bermula jam 10.00 pagi dan telah dihadiri oleh semua kakitangan JKR KS/PT. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Jurutera Daerah dan diserikan lagi dengan beberapa acara lain yang menggamatkan lagi majlis pada hari tersebut seperti karaoke. Pelbagai menu disediakan antaranya sate, lemang, ketupat, rendang, nasi impit & kuah kacang, kuih- muih, buah-buahan, ais kacang dan lain-lain.

 

alt

 

Lagi Gambar...

Last Updated on Wednesday, 19 September 2012 00:08
 
PENILAIAN ANUGERAH PENGURUSAN JKR DAERAH TERBAIK TAHUN 2012
Written by Daerah Kota Setar & Padang Terap Wednesday, 09 May 2012 00:01
PDF Print E-mail

JKR Kota Setar / Padang Terap sekali lagi telah diberi penghormatan dan peluang oleh JKR Kedah bagi pencalonan Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik Tahun 2012 untuk berentap dengan sembilan (9)  JKR Daerah seluruh Malaysia . Ia merupakan satu acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada JKR daerah yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan.

Sesi auditan bagi penilaian anugerah ini dilaksanakan pada 09 April 2012 (Isnin) bertempat di Pejabat JKR Kota Setar / Padang Terap. Seramai sembilan (9) orang Juruaudit dari pelbagai Bahagian / Cawangan JKR Ibu Pejabat telah mengaudit jabatan ini.

Antara kriteria-kriteria penilaian bagi anugerah ini ialah Pengurusan Projek, Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan, Pengurusan Pentadbiran & Kewangan, Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dan Pengurusan Kepuasan Pelanggan.

 

alt

Lagi Gambar...

Last Updated on Wednesday, 09 May 2012 03:42