
31 Ogos 2017 - Alor Setar - Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.
DYTM Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah bersama DYTM Tunku Maliha Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah mencemar duli berangkat bersama meraikan sambutan tahunan ini.
Sebanyak 93 kontinjen yang mengambil bahagian membuat persembahan kawad kaki melalui kategori masing-masing.