Mengenai Kami | Ucapan Aluan KPP | Carta Organisasi | Direktori | Hubungi Kami | 


  dan Salam Sejahtera.
 
 
Ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada pegawai dan kakitangan yang berusaha menyediakan laman web JKR Kedah Darul Aman. Dengan adanya laman web ini, saya harap ia dapat membantu pelayar laman web mendapatkan gambaran sebenar peranan dan khidmat selia yang ada di Bahagian ini.
 
Peranan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan diwujudkan selaras dengan Piagam Pelanggan iaitu untuk memberikan perkhidmatan pentadbiran kontrak yang lebih efektif, efisyen dan adil bagi memastikan bahawa projek-projek Kerajaan yang dikendalikan di Negeri Kedah Darul Aman dapat dilaksanakan dengan kos yang ekonomik, relevan dan berpatutan.
 
Selain daripada memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan yang konsisten dan berdaya saing selaras dengan peraturan dan arahan perbendaharaan dan jabatan, kami juga berusaha melaraskan prosedur-prosedur dan garispanduan kontrak selaras dengan kehendak semasa Kerajaan agar ianya menjadi lebih berkualiti dan sempurna dari segi kontraktual dan prosedur. Ini juga merangkumi khidmat nasihat, perjanjian dan bayaran perkhidmatan perunding.
 
Dalam menetapkan kualiti dan perkhidmatan yang terbaik, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan juga menggunapakai dan mengamalkan asas Piagam Pelanggan, Surat Pekeliling, Garis Panduan dan MS ISO 9001 sebagai satu penjanaan dalam memenuhi kehendak-kehendak pelanggan agar mereka sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
 
Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan yang telah berusaha memberi sumbangan dan kerjasama yang gigihnya ke arah mencapai matlamat yang gemilang bahagian ini.
 
Sekian.
 
MOHAMED YUSOF BIN MUSA
Ketua Penolong Pengarah Kontrak & Ukur Bahan
JKR Negeri Kedah Darul Aman.
 
 
 
 

Hubungi Kami

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pej. Am : 04-7748000
Pertanyaan : 04-7331758 / 1258
Faks : 04-7331513

JKRKedah.jkr[@]1govuc[.]gov[.]my

Statistik Pelawat

Hari ini6
Semalam47
Minggu ini294
Bulan ini6
Keseluruhan25968

01 Mei 2016

Guests : 20 guests online
Adakah informasi dan capaian di dalam Portal Rasmi JKR Negeri Kedah bermanfaat kepada anda?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Kod QR JKR Kedah

  
Imbas Kod QR untuk pengguna
telefon pintar & tablet

 

 
Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top