Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah Darul Aman berfungsi sebagai pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan dan agensi-agensi lain bagi projek-projek infrastruktur di Negeri Kedah.
JKR Kedah berperanan besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk, dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam di negeri Kedah. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.
JKR Kedah diketuai oleh Seorang Pengarah JKR Negeri iaitu Dato' Hj. Samsudin bin Bakar dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.
JKR Negeri Kedah terdiri daripada 11 bahagian utama dan disokong oleh 7 daerah. Sila Rujuk Carta Organisasi JKR Negeri Kedah.
Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Kedah adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.
Disiplin (bidang) profesional utama di JKR adalah, Jurutera Awam, Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan dan Arkitek. Kelulusan Ijazah dalam bidang berkenaan akan menjawat jawatan dalam gred pengurusan dan profesional manakala kelulusan Diploma dan setaraf akan menjawat jawatan gred sokongan.

Anda boleh membuat aduan melalui saluran seperti berikut :-

  • Melalui Aduan JKR Online : Aduan JKR Malaysia
  • Talian Aduan JKR Malaysia : 1-300-888-557
  • Talian JKR Kedah : 1-800-88-8090 / 04-7343127
  • Talian SMS : Taip JKR dan hantarkan ke DAPAT / 32728
Alamat dan nombor telefon adalah seperti di bawah:
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon :
Pejabat Am : 04-774 8000
Pertanyaan : 04-733 1758 / 1258
Faks : 04-733 1535
Notis Tawaran Tender/sebutharga diiklankan seperti di bawah :-
Di papan kenyataan
Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,
JKR Negeri Kedah, Tingkat 1, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Laman Web JKR Kedah
Akhbar-akhbar tempatan
Laman Web JKR Malaysia - http://www.jkr.gov.my/tender
Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi :-
Tn. Hj. Tajuddin bin Yahaya
Ketua Penolong Pengarah Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 04-7748110

Hubungi Kami

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pej. Am : 04-7748000
Pertanyaan : 04-7331758 / 1258
Faks : 04-7331535

JKRKedah.jkr[@]1govuc[.]gov[.]my

Statistik Pelawat

Hari ini11
Semalam24
Minggu ini59
Bulan ini440
Keseluruhan48566

19 Disember 2018

Guests : 35 guests online

Kod QR JKR Kedah

  
Imbas Kod QR untuk pengguna
telefon pintar & tablet

 

 
Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top