Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah ditubuhkan pada 19.10.1955. Dahulunya, Jabatan Kerja Raya merupakan satu Jabatan Kerajaan yang diberi tanggungjawab memikul amanah didalam menyediakan kemudahan Infrastuktur Awam seperti Jalan, Bangunan dan Jambatan.

Fungsi Kami

JKR Negeri Kedah diterajui oleh seorang Pengarah dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan meyenggara projek-projek pembangunan negeri seperti jalan dan bangunan-bangunan kerajaan.

JKR Negeri Kedah bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pada masa yang sama, JKR Negeri Kedah juga bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan di negeri Kedah.

 

Struktur Organisasi

JKR Negeri Kedah diterajui oleh seorang Pengarah Kerja Raya Negeri. Pentadbiran Jabatan Kerja Raya Kedah meliputi seluruh Negeri Kedah yang melibatkan sepuluh (10) buah Daerah. Sila lihat struktur organisasi kami.

 

Ibu Pejabat JKR Kedah

Di peringkat Ibu Pejabat JKR Negeri Kedah, jabatan ini dibahagikan kepada Enam (6) bahagian yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Korporat
  • Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
  • Bahagian Bangunan
  • Bahagian Arkitek
  • Bahagian Jalan

 

Unit Tentera

  • Unit Tentera diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Tentera.

 

Cawangan Kejuruteraan

Terdapat tiga (3) Cawangan Kejuruteraan di dalam struktur organisasi JKR Kedah iaitu:

  • Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB)
    Diketuai oleh Ketua CPAB Kedah
     
  • Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
    Diketuai oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
     
  • Cawangan Kejuruteraan Elektrik
    Diketuai oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri

 

Daerah-Daerah

JKR Daerah diketuai oleh seorang Jurutera Daerah yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri untuk melaksanakan dan menyenggarakan projek-projek Persekutuan dan Negeri yang terdiri dari Daerah-Daerah. Bermula pada tahun 2017, pentadbiran JKR Daerah di Kedah telah diperkukuhkan dengan mewujudkan 3 lagi pejabat Jurutera Daerah dari 7 buah menjadikan 10 buah  semuanya.

  • Kota Setar/Padang Terap
  • Kuala Muda/Sik
  • Kulim/Bandar Baharu
  • Pendang/Yan
  • Baling
  • Langkawi
  • Kubang Pasu
  • Padang Terap/Pokok Sena
  • Yan
  • Sik

 

Hubungi Kami

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pej. Am : 04-7748000
Pertanyaan : 04-7331758 / 1258
Faks : 04-7331535

JKRKedah.jkr[@]1govuc[.]gov[.]my

Statistik Pelawat

Hari ini1
Semalam23
Minggu ini1
Bulan ini452
Keseluruhan44691

20 Ogos 2018

Guests : 103 guests online

Kod QR JKR Kedah

  
Imbas Kod QR untuk pengguna
telefon pintar & tablet

 

 
Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top