Muat turun PDF

1 - PENGURUSAN PROJEK


1.1 Fasa Prapembinaan

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.

 

1.2 Fasa Pembinaan

Projek Kos dan Tempoh Pembinaan

a. Pelan Piawai

Bangunan 
Pangkalan Udara
dan Maritim

RM500 ribu
ke bawah
15 bulan

RM500 ribu
- RM5 juta
24 bulan

RM5 juta
ke atas
36 bulan

b. Pelan Piawai

Jalan dan Infrastruktur

RM500 ribu
ke bawah
9 bulan

RM500 ribu
- RM20 juta
24 bulan

RM20 juta
ke atas
36 bulan

c. Projek Kompleks

Jalan, Cerun, 
Bangunan, 
Pangkalan Udara 
dan Maritim dll.

Disiapkan dalam tempoh dan kos yang dipersetujui bersama Pelanggan

2 - SENGGARA ASET


2.1 Jalan

  • Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima.
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.

2.2 Bangunan

  • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
  • Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan.

2.3 Mekanikal

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 1 hari
  • Kerja pembaikan besar (major overhaul)/ pembaikan badan kenderaan - 3 bulan
  • Kerja pembaikan kecil kenderaan - 3 minggu
  • Penggantian pendingin (chiller) - 1 tahun
  • Penggantian lif - 1 tahun

2.4 Elektrik

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik - 1 hari
  • Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik - 7 hari

3 - KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL


3.1 Kejuruteraan Cerun


a) Runtuhan cerun berimpak besar :

  • Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
  • Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.

b) Runtuhan cerun berimpak kecil :

Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:

  • Keadaan memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh.
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tanah - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.

c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disedia kan dalam tempoh 1 minggu selepas lawatan dibuat.

 

3.2 Kejuruteraan Senggara

  • Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima.
  • Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.

3.3 Kejuruteraan Forensik

 

a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.
b) Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang:
  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.

4 - PENGURUSAN ADUAN


4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR

 

Tempoh tindakan diambil:

  • Akuan penerimaan aduan - 1 hingga 3 hari
  • Maklumbalas aduan - 7 hari
  • Penutupan aduan - 45 hari

4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)

 

Tempoh tindakan diambil:

  • Akuan penerimaan aduan - 1 hingga 3 hari
  • Maklum balas aduan - 7 hari

5 - PENGURUSAN KEWANGAN


Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.

 

Hubungi Kami

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pej. Am : 04-7748000
Pertanyaan : 04-7331758 / 1258
Faks : 04-7331535

JKRKedah.jkr[@]1govuc[.]gov[.]my

Statistik Pelawat

Hari ini12
Semalam23
Minggu ini35
Bulan ini439
Keseluruhan43226

19 Jun 2018

Guests : 57 guests online

Kod QR JKR Kedah

  
Imbas Kod QR untuk pengguna
telefon pintar & tablet

 

 
Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top