Berapakah kekerapan laman web ini dikemaskini?

Perubahan, pengemaskinian dan paparan maklumat dilakukan secara harian. Walau bagaimanapun, hanya melibatkan artikal-artikal  tertentu sekiranya terdapat perubahan maklumat, data-data terkini, progress sesuatu projek dan aktiviti/berita-berita semasa.

 

Apakah jenis browser dan plug-ins yang saya perlukan?

Web Browser

Laman web JKR dibangunkan menggunakan teknologi yang mengutamakan kepantasan, keselamatan dan kebolehgunaan bagi pengguna.  Pelawat  boleh menggunakan sebarang ‘browser’ internet yang terkini untuk capaian paparan terbaik kepada laman web ini. Laman Web JKR Kedah adalah jenis ‘Responsive Layout’ yang sesuai bagi semua peranti komputer ‘desktop/laptop’, tablet atau telefon pintar.  

 

Browser Plug-Ins

Melalui kepelbagaian teknologi yang digunakan, kami menawarkan anda ciri-ciri laman web dinamik iaitu pantas dan mudah digunakan. Plug-ins berikut boleh dimuaturun secara percuma dan dapat membantu anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman web ini dengan lebih baik :

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin membuat permohonan secara online atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan bahagian-bahagian atau unit-unit berkaitan untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari bahagian-bahagian atau unit-unit lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web JKR Negeri Kedah kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Laman Web ini.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Laman Web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada bahagian atau unit yang berkaitan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman Web JKR Negeri Kedah mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal rasmi Jabatan ini.

Hubungi Kami

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pej. Am : 04-7748000
Pertanyaan : 04-7331758 / 1258
Faks : 04-7331535

JKRKedah.jkr[@]1govuc[.]gov[.]my

Statistik Pelawat

Hari ini18
Semalam24
Minggu ini89
Bulan ini461
Keseluruhan45436

20 September 2018

Guests : 13 guests online

Kod QR JKR Kedah

  
Imbas Kod QR untuk pengguna
telefon pintar & tablet

 

 
Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top