*******************

SELAMAT DATANG
KE
LAMAN WEB JKR BAHAGIAN ARKITEK

Ikhlas dari JKR Kedah

*******************

 

Bahagian Arkitek
bengkel spk oerasi (0)
Written by Bahagian Arkitek Thursday, 23 May 2013 01:40
PDF Print E-mail

alt

Pada 23 Mei 2013, JKR Bahagian Arkitek telah mengadakan Bengkel SPK Operasi kepada kakitangan teknikal. Tujuan bengkel tersebut ialah untuk meningkatkan pemahaman dan memantapkan sistem pengurusan kualiti di bahagian ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang pegawai yang berpengalaman di bahagian ini iaitu Puan Noor Hayati binti Hussein dan Encik Kamaruzzaman bin Ibrahim iaitu penolong pegawai senibina kanan.

Last Updated on Thursday, 23 May 2013 02:09
 
Taklimat Bahan Oleh Syarikat Breezway
Written by Bahagian Arkitek Thursday, 16 May 2013 00:51
PDF Print E-mail

alt

Pada 25 April 2013, bahagian arkitek JKR Kedah telah mengadakan satu taklimat bahan yang telah disampaikan oleh En. Mohamad Hafizzi bin Aziz iaitu pegawai pemasaran dari syarikat Breezway. Dalam taklimat tersebut semua kakitangan bahagian arkitek telah diberi penerangan tentang produk-produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Last Updated on Thursday, 23 May 2013 02:10
 
Kursus Microsoft Word
Written by Bahagian Arkitek Wednesday, 24 April 2013 03:19
PDF Print E-mail

Pada 15 & 16 April 2013, bahagian arkitek JKR Kedah telah mengadakan kursus Microsoft Word kepada semua kakitangan didalam bahagian tersebut. Kursus tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua kakitangan. Tujuan kursus tersebut adalah bagi memantapkan dan menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan Microsoft Word dalam kerja seharian.

 

alt

Kakitangan berkongsi maklumat penggunaan Microsoft Word sesama sendiri 

Last Updated on Wednesday, 24 April 2013 07:19
 
LAWATAN KERJA KE BUKIT JALIL
Written by Bahagian Arkitek Wednesday, 24 April 2013 06:52
PDF Print E-mail

alt

Kakitangan bahagian arkitek yang terlibat dalam lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil

 

Pada 17 & 18 April 2013, JKR Bahagian Arkitek telah mengadakan satu lawatan kerja ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat  kerja-kerja penukaran bumbung membrane di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kerja-kerja pembinaan di tapak dimulakan pada 16 Mei 2012 dan dijangka akan disiapkan pada 29 April 2013. Kos projek adalah RM 16.5 juta.

Last Updated on Thursday, 23 May 2013 02:10
 
Sambutan Majlis Harijadi serta Majlis Perpisahan Pn.Aimi Diyana
Written by Bahagian Arkitek Sunday, 24 March 2013 00:13
PDF Print E-mail

alt

Pada 6 mac 2013 yang lalu satu majlis sambutan harijadi kakitangan dan majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan kakitangan dan juga Puan Aimi Diyana Binti Kamarudin yang telah bertukar ke JKR Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan telah mendapat jawatan tetap disana. Majlis tersebut telah disambut dengan meriah di Hotel New Regency Alor Setar.

Last Updated on Wednesday, 24 April 2013 03:36
 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
Page 1 of 3